|
Muka
Surat 1
SOALAN:
Bagaimana
Konsep perniagaan WOW
ToneExcel Referral Program ini?
Kerja anda hanyalah menjual SIMKAD handphone ToneExcel (yang
menggunakan perkhidmatan TuneTalk ) kepada saudara mara, adik beradik,
sahabat handai, rakan taulan. Hasilnya kepada anda ialah, jika mereka
top-up handphone mereka maka anda akan dapat komisyen. Selama mana
mereka
menggunakan simkad tersebut, selama itulah anda akan menikmati komisyen
dari toneexcel.
SOALAN: Berapa
harga
sekeping SIMKAD Tunetalk-ToneExcel ini?
Harganya sekeping RM80 ( yang mengandungi kredit/air time sebanyak RM30)
SOALAN: Apakah
service provider yang digunakan?
Toneexcel menggunakan service provider TuneTalk, dan tunetalk
menggunakan prasarana Celcom.
SOALAN: Berapakah
charge panggilan dan sms yang dikenakan?
32 sen panggilan seminit dan 15 sen sekali sms.
SOALAN: Dimanakah
boleh top-up prepaid ini?
Anda boleh top-up prepaid tunetalk di seluruh Malaysia (termasuk
Sabah/Sarawak), seluruh stesen minyak yang menggunakan e-pay,
sebahagian besar kedai yang menjual prepaid, maybank2u, cimbclick, dan
banyak lagi.
SOALAN: Apakah
kelebihan lain
jika saya menggunakan prepaid Tunetalk-ToneExcel
ini?
Anda boleh mengekalkan nombor lama, anda diberi insurance kemalangan
sebanyak RM100,000, menaiki kapal terbang AisAsia secara PERCUMA
(mengikut syarat yang ditetapkan) dan juga peluang untuk menjana
pendapatan sampingan yang lumayan.
SOALAN:
Bagaimanakah marketing plan untuk perniagaan ini?
Sila rujuk di bahagian Tip Marketing di menu utama
SOALAN:
Bagaimanakah ToneExcel membayar komisyen kepada saya?
Mereka membayar terus komisyen ke dalam bank anda pada setiap 21 hb untuk
komisyen bulan
sebelumnya kepada sesiapa yang layak.
SOALAN:
Apa kelayakkan untuk menerima komisyen?
Anda dikehendaki top up paling sedikit RM20 dalam sebulan, dan juga
jumlah terkumpul komisyen
anda melebihi RM30
SOALAN:
Adakah saya kena top-up minima RM20 tersebut sekali gus atau boleh
sedikit-sedikit?
Kedua-duanya boleh, sekali gus pun boleh sedikit-sedikit pun boleh,
asalkan jumlahnya paling kurang RM20 dalam tempoh sebulan.
SOALAN:
Apa jadi pada bulan tersebut jika saya top-up jumlahnya tak sampai RM20?
Sekiranya anda sudah ada downline, dah bulan tersebut anda sudah ada
komisyen, maka anda tidak akan mendapat komisyen pada bulan itu sahaja,
bulan-bulan lain tetap dapat jika topup lebih RM20.
SOALAN: Dimanakah
nak
dapatkan SIMKAD ini?
Sila rujuk bahagian Pesanan SIMKAD ini dibahagian MENU UTAMA
SOALAN: Bagaimana
dengan signal Tunetalk ini?
Disebabkan mereka juga menggunakan prasarana Celcom, maka jika
dikawasan anda itu, line celcom baik, maka line tunetalk juga baik.
SOALAN: Bagaimana
untuk menyertai perniagaan ini?
Dapatkan kan SIMKAD ini terlebih dahulu dan selepas itu, aktikan SIMKAD
tersebut dan daftar didalam perniagaan ini dibahagian pendaftaran
affiliate.
SOALAN: Bagaimana
jika saya ingin mengekalkan nombor lama.
Sila klik dibahagian Kekal No Lama di Menu Utama.
SOALAN:
Setelah saya menyertai perniagaan ini, apa yang perlu saya lakukan?
Jadikan kesemua ahli keluarga anda yang terdekat, seperti ibu/bapa,
suami/isteri anak-anak, adik beradik, saudara mara yang terdekat,
pekerja anda, atau sesiapa yang menggunakan hp prepaid, dan juga
sebelum ini mereka membayar bil/prepaid
talipon melebihi RM20, maka suruh mereka menggunakan talian tunetalk
ini. Kalau dulu anak-anak kita menggunakan talian XXX Company,
kalau mereka topup (kadang2 kita juga yang bagi duit top-up), Company
XXX bertambah kaya, kali ini jika mereka menggunakan talian tunetalk
dalam WoW Program ToneExcel, mereka topup, kita pun dapat sedikit
hasil.
Selepas itu barulah promote kepada orang lain, seperti rakan sekerja,
sahabat-sahabat sepermainan, sambil main golf, main tenis, main gasing,
main badminton, main sepaktakraw, main snooker, jogging, sambil
mancing, sambil sembang di kedai mamak, cerita kan peluang ini dan ajak
mereka sekali. Terangkan yang ini bukan MLM, tapi guna handphone macam
biasa dan dapat upah jika ceritakan pada orang lain.
SOALAN:Bagaimana
cara saya ingin
menaja orang lain?
Pertama bantu mereka untuk mendapatkan SIMKAD Tunetalk-ToneExcel ini
Kedua bantu mereka aktifkan SIMKAD tersebut. (Sila rujuk dibahagian
Aktifkan SIMKAD di Menu Utama)
Ketiga daftarkan mereka dibawah anda. (Sila rujuk di bahagian
Pendaftaran Affiliate di Menu Utama)
SOALAN:
Bagaimana cara promosi perniagaan ini?
Dicadangkan supaya anda menggunakan 2 cara untuk mempromosikan
perniagaan ini.
a. Secara online.
Gunakan url web promosi anda dan iklankannya di facebook, iklan
percuma, email rakan-rakan, dan lain lain lagi.
b. Secara
Offline.
Seperti yang saya terangkan diatas tadi.
SOALAN:
Bagaimana untuk saya mendapatkan satu website percuma untuk saya
mengembangkannya secara online?
Anda boleh memohon untuk memiliki website promosi secara PERCUMA.
Lihat di menu utama dan klik di Web Promosi PERCUMA
SOALAN:
Bagaimana untuk mendapat berita-berita terkini dan tip-tip
promosi perniagaan?
Anda hanya perlu berikan nama dan email diborang dibawah ini dan kami
akan menghantar laporan, berita dan juga tip-tip terbaru untuk
mengembangkan
perniagaan ini.
SOALAN: Boleh
terangkan lebih lanjut mengenai insurance Etiqa Ini?
Sebagai pengguna
tunetalk-toneexcel anda
layak untuk menerima PA Insurance PERCUMA bernilai RM100,000 daripada
Etiqa Maybank. Insuran ini hanya untuk ahli yang aktif dan berumur 12 -
65 tahun sahaja. Tolong jangan hilangkan sebahagian SIMKAD anda yang
tertulis nombot 16 digit dibelakangnya.
Untuk segala claim dan
pertanyaan, anda hanya perlu hubungi Claim Helpdesk di talian
1-300-88-1007.
Untuk memahami
maklumat didalam apa yang layak atau tidak sila baca Policy Wording. Klik
Disini.
Jangan lupa juga untuk
mengisi dan menghantar borang penamaan dan hantarkan ke fax +603 2297
3800. Dapatkan borang tersebut dan klik
disini. Untuk
syarat2 untuk kita layak menerima insuran percuma ini sila klik disini.
SOALAN:
Bolehkah saya nak sponsor ahli keluarga saya tetapi pembayaran komisyen
terus ke akaun bank saya?
Boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah didalam member area mereka,
dibahagian bank akaun info masukkan maklumat bank anda dan jangan lupa
fax kan borang penyerahan komisyen ini ke 03-9056 3844. Klik
disini untuk
mendapatkan
borang tersebut.
SOALAN: Saya
telah menggunakan simkad tunetalk biasa yang berharga RM5 dikedai,
bolehkah saya ingin mengekalkan no tunetalk ini kepada SIMKAD
Tunetalk-ToneExcel saya yang baru?
Boleh.
Anda hanya perlu talipone nombor ini 03-79490000 dan beritahu mereka
yang anda ingin menukar SIMKAD tunetalk biasa kepada TuneTalk-ToneExcel
tetapi ingin mengekalkan no tunetalk yang lama itu.
SOALAN: Saya
tidak pandai
komputer, tiada laptop, tiada broadband, boleh kah saya jalankan
perniagaan ini?
Boleh.
Dibawah ini saya terangkan cara2nya.
1. Terangkan mengenai peluang perniagaan ini kepada saudara mara dan
sahabat anda.
2. Jika mereka ingin menyertai program ini dibawah anda, berikan borang
pendaftaran dan suruh ia isikan.
3. Berikan dia sekeping SIMKAD Tunetalk_ToneExcel dan jangan lupa minta
RM80 (Modal anda tu, penting)
4. Call Service centre anda ( 0122856223 ) untuk bantuan mengaktifkan
SIMKAD dan pendaftaran Affiliate.
5. Poskan borang pendaftaran yang asli ke service senter anda.
SOALAN: Saya
pergi kekedai saya
dapati mereka jual simkad pada harga RM5 sahaja, bukannya RM80?
Tunetalk mempunyai 2 jenis simkad, satu simkad tunetalk yang biasa
harganya RM 5 sekeping dan call ratenya 15 sen seminit dan 5 sen SMS,
dan simkad ini tiada referral program, kalau
kita promote pada orang lain simkad ini tiada komisyen.
Manakala kedua
adalah Simkad Tunetalk-ToneExcel, yang ini harganya sekeping RM80 dan calling ratenya 32 sen seminit dan
15 sen SMS tetapi
ada referral program, . kalau promote pada orang lain dapat
komisyen. Dan
simkad ini tiada dijual dikedai-kedai talipon, hanya boleh didapati
daripada main office di Sri Petaling atau mana-mana service centre yang
dilantik oleh Toneexcel. Tetapi kedua2 jenis simkad ini, kalau nak top
up dikedai, hanya minta top up tunetalk sahaja.
SOALAN: Orang
kata call rate
tunetalk-toneexcel ni mahal, sampai 32 sen panggilan seminit?
Sudahkah anda lihat call rate dari Digi ke telco yang lain. Maxis ke
telco yang lain. Kesemua panggilan itu lebih mahal dari 32sen seminit,
ada yang 33 sen ada 35 sen dan ada yang 36 sen. Jadi tunetalk-toneexcel
adalah yg paling murah. Lagi satu kalau lah saudara kita memang pakai
phone, dan selama ini pun masih bayar prepaid atau pun bil, mereka
hanya bagi orang lain lebih kaya, kenapa tak kali ini bagi anda yang
kaya, walau pun kaya sikit-sikit, lama-lama kaya tu jadi bukit. Kalau
tak masuk program ni pun mereka tetap pakai handphone juga.
SOALAN:
Bagaimana pula dengan
rate panggilan keluar negara?
Anda boleh lihat disini. Klik Disini
SOALAN: Boleh
lihat bukti
pendapatan admin didalam program ini?
Kami mula menyertai program ini pada 15-7-2010 dan ini hasilnya yang
toneexcel memasukan komisyen kepada kami terus kedalam bank akaun.
Sekarang cuba
bayangkan
jika anda melakukan perniagaan ini secara berterusan dan konsisten
selama 2 tahun, maka tidak hairanlah jika kita memperolehi
pendapatan melebih RM30,000 - RM40,000 sebulan. Walau pun pada
masa itu anda stop
mempromosikannya, pasti komisyen anda tidak akan stop mengalir ke akaun
bank anda kerana orang tetap topup dan menggunakan hp. Dan ia bukan
satu perkara
mustahil untuk anda mencapainya.
SOALAN:
Bolehkah orang dari luar
negara yang tinggal di Malaysia untuk menyertai program ini?
Boleh, hanya gunakan no passport mereka, dan lebih mudah jika mereka
sudah pun memiliki bank account di Malaysia.
SOALAN: Boleh
saya mengekalkan
nombor lama, tetapi nombor lama itu adalah nombor line atau postpaid
dari telco yang lain?
Boleh. Ikuti langkah-langkah di Kekal No Lama di Menu Utama.
Soalan: Saya ingin menyertai program ini,
tetapi saya tiada bank account sendiri, bolehkah saya menggunakan bank
akaun orang lain?
Boleh, anda boleh menggunakan bank akaun orang lain,
tetapi anda perlu mengisi borang ini terlebih dahulu,
Download borang 3rd Party disini
Selepas selesai anda boleh menghantar semula kepada info@toneexcel.com
atau fax ke 03-90575906
Apabila membuat penghantaran, sila followup dengan ToneExcel samada
mereka menerimanya atau tidak, call 0105000969. Gagalnya anda melakukan
sedemikian menyebabkan komisyen anda akan tertangguh.
Soalan: Topup tunetalk ini berapa ringgit
yang ada, dan berapa hari boleh tahan?
RM 5 - 5 hari
RM 10 - 11 hari
RM 30 - 50 hari
RM 50 - 75 hari
Soalan: Salam tuan, semalam saya pergi
7-Eleven minta topup ToneExcel, tapi mereka kata tiada topup ToneExcel?
W'salam tuan, kita minta topup tunetalk je tuan, tak
perlu sebut toneexcel.
Soalan: Saya dulu join
RedTone, jadi dalam program ni, boleh tak saya nak kekalkan no RedTone
saya?
Boleh. Disini
saya sertakan no phone dari telco yang lain yang kita boleh buat port
ini. Celcom, Digi, Maxis, UMobile, XOX, RedTone, YTLComms dan MTrade.
Soalan: Dulu saya dah join biz tunetalk ni, tapi dah berhenti beberapa
bulan, sekarang nak start semula, adakah akaun dan no ID saya masih
boleh digunakan lagi atau tidak?
Cara yang paling
mudah untuk mengetahu keahlian kita didalam ToneExcel masih aktif atau
tidak, hanya perlu lihat samada simkad kita masih aktif atau tidak,
jika tidak aktif, maksudnya keahlian kita pun sudah expired. Simkad
Tunetalk ini mempunyai grace period selama 45 hari, jika selama itu
kita tak topup, maka keahlian dalam ToneExcel juga akan terbatal.
Soalan:
Apakah syarat, kelebihan dan cara untuk menjadi Service Center?
Syarat:
Syarat untuk menjadi SC anda perlulah membuat pembelian 220
keping SIMKAD pada harga RM72 sekeping, maka jumlahnya menjadi
RM15,840, jika
anda perlukan penghantaran secara curier, sila tambah lagi RM100 utk
charge currier, sebab banyak juga barang yang perlu dihantar.
Kelebihan:
1. Komisyen anda menjadi
Level Pertama: 8%+2.5%=10.5%
Level Kedua: 3%+2.5%=5.5%
Level Ketiga: 13%+2.5%=15.5%
Level keEmpat sehingga INFINITI = 2.5%
2. Selepas pembelian 220 yang pertama itu, pembelian seterusnya hanya
pada harga RM75 sekeping dan tanpa mengira kuantiti. Sekeping pun
boleh. Dan
dari sini anda akan mendapat keuntungan runcit sebanyak RM5 setiap
keping yang terjual.
3. Setiap borang pendaftaran ahli baru yang anda hantar ke ToneExcel,
anda akan dibayar
RM2 sekeping.
4. Sekiranya ada network anda membeli simkad terus dari ToneExcel,
mereka akan berikan RM5/ sekeping kepada anda.
Cara Menjadi SC:
1. Isikan FORM Service Center. Download dan print terlebih dahulu Klik
Disini.
Isi bahagian yang penting sahaja, seperti Nama penuh, no IC, member ID
anda, no hp, alamat penuh dan tanda-tangan.
2. Bank-In kan duit sebanyak RM15, 940 ke
Akaun ToneExcel
Bank: AmBank
No Account: 2332012004790
3. Scankan form yang telah diisi, slip/resit
pembayaran ke AmBank dan hantarkan kepada
mazelan.abas@gmail.com
Untuk keterangan terperinci, sila klik untuk perjanjian
dan prasyarat
yang disediakan oleh ToneExcel.
Soalan: Bagaimana nak setting GPRS?
Taipkan SET dan
hantar ke 20999 kemudian ikut arahan
yang diberikan.
Soalan: En., saya dah join tunetalk/ToneExcel ini, saya dah buat port
in, tapi handphone saya boleh terima panggilan sahaja, tapi tak boleh
call keluar, macamana nak settle ya?
Terima kasih kepada
yang bertanya, kadang2 kes macam ini jadi hanya pada kita yang buat
port in sahaja. Jika anda menghadapi masalah boleh terima call in, tapi
tak boleh call out, ikuti langkah dibawah ini, betulkan setting dalam
handphone anda.
1) Dalam telefon anda, pergi ke SETTING dan cari NETWORK SETTING.
2) Pilih MANUAL NETWORK SELECTION dan pilih network selain daripada
Tunetalk/Celcom. Anda kena pilih Digi atau Maxis.
3) Selepas pilihan anda ditolak, pilih semula TUNETALK atau CELCOM.
4) Sila OFF handphone anda dan ON semula dan cuba buat outgoing dan
incoming call.
Jika masih tak boleh juga sila hubungi terus Khidmat Pelanggan Tunetalk
(0105001333) atau ToneExcel (0105000969)
Soalan: Bolehkah simkad ini digunakan untuk BlackBerry dan kalau boleh
bagaimana cara nak settingnya?
Sila klik disini
untuk setting
BlackBerry anda.
Soalan: Encik, saya baru
menyertai biz
tunetalk ni dan saya telah pun buat port in. Saya juga pengguna tegar
ebanking macam maybank2u, cimbclick, e-eon, dan macam2 lagi. Semalam
saya nak buat request TAC, tapi tak dapat la. Tunetalk ni tak support
ke ebanking?
Terima kasih
kerana bertanya. Tunetalk support
ebanking. Untuk selesaikan masalah itu saya cadangkan puan pergi ke atm
bank berkenaan, tukar no talipon ke no talipon yang lain, selepas itu
masuk semula, dan tukar no talipon ke no talipon asal yang mana
digunakan untuk receive tac tersebut. Ini macam nak reset semula je.
Soalan: En Mazelan, saya menghadapi masalah
nak iklankan web replika kita di Facebook, macam ada spam katanya?
Hantar email kepada
saya, mazelan.abas@gmail.com beritahu member ID apa dia dan nanti saya
ubahkan sikit URL website tu, dan selepas itu bolehlah promotekan
didalam Facebook.
Soalan: Beberapa hari lepas saya telah registerkan 2 orang dibawah
downline saya, tapi dalam member area, saya hanya dapat satu sahaja
fast track bonus iaitu RM20, mana bonus FT saya yang lagi satu ?
Yang satu lagi tu
biasanya mereka daftar downline/affiliate, tetapi samada mereka tidak
aktifkan simkad tersebut, atau, tidak buat satu SMS selepas aktifkan
simkad.
Soalan: Boleh terangkan
macamana katanya
top up tunetalk ni dapat point tiket kapal terbang AirAsia?
Setiap kali anda
topup, anda akan memdapat point untuk melayakkan
anda menaiki kapal terbang AirAsia secara percuma keseluruh dunia.
Contohnya anda topup sebanyak RM30, anda akan mendapat 70 points, jika
anda topup RM50 anda akan mendapat 120 points. Kumpulkan point ini,
jika sudah cukup anda boleh redeem points ini untuk naik kapal terbang
percuma. Contohnya jika cukup 3000 anda boleh pergi ke Langkawi secara
percuma.
Keterangan lanjut mengenai pemberian points. Klik
Disini
Keterangan lanjut mengenai redeem points. Klik
Disini
Soalan: Salam tuan admin, boleh kongsi teknik pemasaran yang tuan
gunakan untuk kembangkan bisnes ni secara online, saya dah penat buat
bisnes MLM dengan cara-cara jumpa orang sana sini, duit pun habis,
komisyen pun tak dapat seberapa?
Salam Tuan,
Saya memang 100% guna secara online, dan hampir 100% network saya, saya
tak pernah bersua muka, kenal dalam alam maya ini sahaja. Kalau nak
tahu cara yang saya gunakan, tapi kena keluar modal sikit la, dalam
RM18 setiap, saya guna HootSuite.
Cara ini sebenarnya
sangat berkesan bukan untuk bisnes Tunetalk/ToneExcel sahaja, tapi
sesuai untuk semua bisnes networking atau MLM yang boleh dionlinekan.
Soalan: Assalamualaikum En. Mazelan
Saya Dhiya dri Brunei. Nak tnya ttg www.toneexcel.com. Adakah
penggunaan toneexcel akan masuk ke Brunei? Jika tidak, bagaimana saya
nak joint dan manfaatkan toneexcel tersebut? Di mana saya boleh
dapatkan kad prepaid toneexcel tersebut? Saya difahamkan toneexcel akan
masuk ke Singapore dan Thailand tahun
ini juga. Mohon penjelasan mengenai pertanyaan saya di atas.
Terima kasih
Waalaikumsalam Dhiya,
Talian Tunetalk boleh digunakan di Brunei dan negara-negara lain, cuma
Toneexcel belum beroperasi di negara serantau. Untuk menyertainya
memang boleh hanya dengan menggunakan passport. Cuma saya khuatir Dhiya
menghadapi masalah untuk top up prepaid tersebut dan juga untuk
menerima komisyen dari ToneExcel. Kalau Dhiya ada akaun bank di
Malaysia, saya rasa tidak menjadi masalah untuk menyertainya. Untuk
dapatkan SIMKAD tersebut klik sahaja di Pesanan SIMKAD di menu utama.
Soalan: salam..cik mazelan...
Apakah kadar sebenar utk sms?? 5c @ 15c?? sbb sy ada lihat banner yg
sms adalah 5c..mcm mana nk dptkn kadar 5c tu???kena upgrade nombor ke??
Tunetalk ni ada dua
jenis,
1. Tunetalk yang biasa dijual dikedai2, harga sekeping simkadnya RM5
sahaja, kadar panggilan seminit 16sen dan SMS 5 sen. Tiada referal
program. Simkad ini tak boleh nak sponsor untuk orang lain.
2. Tunetalk/ToneExcel, harganya RM80 sekeping, kadar panggilan seminit
32 sen dan SMS 15 sen. Ada referal program, boleh untuk sponsor orang
lain dan dapat komisyen.
Soalan: Saya kehilangan
simkad, apa perlu saya lakukan?
Pertama sekali
dapatkan
Blank Card dari kami atau terus dari pejabat ToneExcel, sekeping
harganya RM13. Selepas itu isikan sim lost form yang diberikan
ini
dan hantar ke email info@toneexcel.com bersama borang pendaftaran
toneexcel (scan dan attachkan sekali) Klik
disini untuk download form tersebut
Itu sahaja
yang perlu
anda lakukan, dan toneexcel akan mengambil masa 24 untuk anda dapat
menggunakan no lama yang hilang tersebut.
Soalan: Bagaimana untuk
setup MMS?
Tunetalk belum ada
lagi
MMS, sebab ia hanya 2.5G belum sampai 3G.
Soalan: Simkad ini boleh ekses internet ke dan bagaimana kekalkan no
lama?
Cara untuk ekses
internet perlu setkan GPRS dahulu. Untuk setkan GPRS adalah taip SET
hantar 20999 dan follow message yang diberikan. Manakala untuk kekalkan
no lama klik di "Kekal No Lama" pada menu diatas.
Soalan: Berapa harga
panggilan ke Indonesia dan bagaimana caranya?
Kadar panggilan antara
bangsa ada disini. Klik disini.
Cara untuk membuat panggilan adalah
"Number Prefix"+NoPhone
Soalan: Saya sudah apply web promosi percuma, tapi sudah sehari saya
tunggu tiada email activation pun?
Cuba lihat di Bulk
atau
Spam folder, jika tiada, 100% anda tersalah email semasa mengisi form
di "Web Promosi Percuma" itu. Ini sering terjadi terutama sesiapa yang
memakai email yahoo, sebab ramai yang tersilap antara .com dan .com.my
Soalan: Saya tersalah IC semasa pendaftaran, apa perlu saya lakukan?
Hantarkan email kepada
mazelan.abas@gmail.com, scankan dan attachkan sekali borang original
pemohon.
SOALAN: Saya tersalah letak downline saya, terletak bawah orang lain,
apa perlu saya lakukan?
Hantarkan email kepada
mazelan.abas@gmail.com, scankan dan attachkan sekali borang original
pemohon.
SOALAN: Saya dari
Singapore sangat tertarik dengan program WOW ini, bila agaknya Tunetalk
akan memasuki pasarang Singapore?
Untuk penggunakan line
TuneTalk, mereka boleh gunakan handphone mereka keseluruh dunia, sama
seperti handphone yang lain, charge roaming akan dikenakan
sahaja, cuma program WOW ini besar kemungkinan akan memasuki Thailand
dan SIngapore pada tahun ini juga 2011.
SOALAN: Saya dah berjaya buat proses port in utk kekalkan no lama, tapi
handphone saya boleh receive call sahaja tapi tak boleh call out?
Itu disebabkan
masalah setting pada handphone anda sahaja. Bukan masalah simkad. Jadi
saya cadangkan anda call 0105000969 dan bercakap dengan Nurul atau
Zureen (dari ToneExcel) dan minta bantuan dia ajarkan cara2 nak setting
handphone anda.
SOALAN: Saya dah cuba sendiri buat proses (Port In) utk kekal no maxis
lama saya, tapi sampai sekarang masih tak berjaya lagi?
Proses nak
kekalkan nombor lama, perlulah menggunakan IC yang sama, jika di maxis
anda pakai IC lain, dan di TuneTalk anda pakai IC lain, sudah pasti
Maxis tidak akan melepaskan pelanggan mereka. Apa yang perlu dilakukan
adalah anda talipon sendiri kepada telco talipon anda dan cuba periksa
terlebih dahulu apakah IC yang digunakan dahulu semasa pendaftar. Jika
tak sama, pasti proses port-in tidak dapat dilakukan.
SOALAN: Bagaimana ingin saya pastikan samada seseorang itu telah
didaftarkan dibawah saya atau tidak, dan juga bagaimana untuk saya
mengetahui no ID mereka?
Cara yang mudah
adalah masuk kedalam member area anda (www.toneexcel.com) dan klik di
Geneology, selepas itu dekatkan cursor pada gambar tersebut dan ia akan
tunjukkan no ID downline anda.
SOALAN: Masalah untuk TAC number. Bila Tunetalk akan dapat keizinan
dari
pihak bank apabila nombor lama ingin dikekalkan?
Tunetalk sekarang
sudah boleh menerima TAC dari
Maybank2u dan CIMBClicks.
SOALAN: Saya ada masalah mengenai TT kad.
Masa saya dapat kad tersebut terus saya buat buat panggilan.
masalahnya saya tak tau dealer kod dan pasword
untuk log in ke dealer network.?
Simkad tersebut
perlu diaktifkan dahulu sebelum dapat digunakan, sila lihat bahagian
Aktifkad SIMKAD di menu diatas. Untuk sesiapa yang membeli simkad dari
senarai Service Centre yang di bahagian Pesanan SImkad, dealer kodnya
adalah TT01.HQ.028.0003.001 dan passwordnya adalah alam1234 Tetapi jika
anda membeli simkad tersebut dari service centre yang lain, maka dealer
code nya akan berubah.
SOALAN: Saya telah memohon web replika, tapi mungkin salah email, jadi
saya tak dapat nak aktifkan web tersebut, apa perlu saya buat?
Yang perlu anda
lakukan adalah menghantar email ke mazelan.abas@gmail.com dan beritahu
masalah tersebut. Jangan lupa sertakan no id atau IC anda.
SOALAN: Saya rasa keliru mengenai program WOW program
tunetalk-toneexcel ini, ada sesetengah web beritahu minima
maintain setiap bulan RM20, ada yang tulis RM30 ada pula yang
kata RM38. Yang
mana satu betul?
Yang betul adalah
RM20. Dulu memang RM38, tetapi sekarang adalah RM20 sahaja. Yang RM30
tu saya rasa adalah cadang mereka untuk kita supaya kekal mendapat
perlindungan insuran yang diberikan oleh etika Maybank. Etiqa memberi
syarat kepada pengguna Tunetalk untuk kekal didalam insuran tersebut
mereka perlu maintain topup sebanyak RM30.
SOALAN:
Salam tuan, Boleh dapatkan keterangan lanjut berkenaan tarikh luput
pada top up
iaitu Okt 2010 yang dibekalan bersama2 simkad ketika saya membuat
pesanan secara pos, ramai downline saya bertanyakan perkara tersebut. tq
Tarikh luput telah dilanjutkan kepada Okt 2011, abaikan apa yang
tertulis di kertas topup tersebut.
|