顯示具有 tune talk 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 tune talk 標籤的文章。 顯示所有文章

2012年6月18日 星期一

Tone Excel : 加入ToneExcel 名单

18/6/12
JAMIL BIN YAHYA 112446 - (Penaja:WAN SHARIFF  WAN SALIM) -TERENGGANU
JULASBI BIN KAMBUTONG 112444 - (Penaja:JASLI BIN PUDDAU) -SABAH
SHUDIRMAN BIN HAMZAH 112441 - (Penaja:Admin) -SELANGOR
LAU JE CHIEN 112434 - (Penaja:ROSANNE GOH) -PERAK
NORHANNAH BINTI AMIR 112430 - (Penaja:RUMINAH ABBAS) -SELANGOR
ARANDIA GLENITA FERNANDEZ 112428 - (Penaja:JUMARDIN LADU NURDIN) -SABAH
DAKIN BINTI ANAM @ DIKIN 112423 - (Penaja:FALVIUS BIN ANDIN) -SABAH
AMIRUL BIN KOTOYONG 112312 - (Penaja:ZAMLEDEH BIN ZAIM) -SABAH


17/6/12

LINA BINTI RAMLI 112252 - (Penaja:JIANAH BINTI MASINDAD) -SABAH
MASJONI BIN MAJINTANG 112255 - (Penaja:MEHAIL B MAJINTANG CHRISTOPHER) -SABAH
MOHD FADHZILLAH AZHRUL BIN AMAT 112256 - (Penaja:JAMDIN BIN TALIB) -SABAH
JOSEPH ASUM ANAK UNSU 112260 - (Penaja:AMANDA NANTIE ANAK BENJAMIN) -SARAWAK
GOH CHEE YING 112240 - (Penaja:KAU KWAI MOOI) -N. SEMBILAN
LIM SHENG KIN 112237 - (Penaja:POOI ZHENG HONG) -SELANGOR
NORHASHIMAH BINTI HASSIM 112233 - (Penaja:ABDUL SALIM BIN MOHAMAD NOR) -SELANGOR
LILY SANDRA JOHN 112230 - (Penaja:MELVILLE EDWARD DREM) -SARAWAK
SULASTRI BINTI MATASAN 112228 - (Penaja:LINA BINTI RAMLI) -SABAH
NOORHANA BINTI MAHALUDIN 112225 - (Penaja:MUHAMAD ASHRI AHMAD) -SELANGOR
ABD SALIM BIN MOHAMAD NOR 112220 - (Penaja:NOOR SIDAH BINTI BUANG) -SELANGOR
YEOH AI LEE 112215 - (Penaja:PEH WEI CHENG) -PERAK
POOI ZHENG HONG 112212 - (Penaja:LOW SUET CHENG) -SELANGOR

2012年6月1日 星期五

Tone Excel



Bagaimana jika anda boleh mendapat duit extra sebanyak RM500, RM1,000 atau RM5,000 setiap bulan hanya dengan bekerja beberapa jam setiap hari?

Disini saya ingin menawarkan satu peluang yang hebat malah tak masuk akal kerana terlalu mudah untuk kita menjana pendapatan sampingan setiap bulan.

Sehingga hari ini sudah melebihi 100,000 rakyat Malaysia sudah pun menyertainya program ini. Sebahagian besar dari mereka sudah pun menikmati ganjarannya. Ada yang mendapat komisyen puluhan ringgit sahaja, ada yang raturan ringgit, ada yang ribuan ringgit malah ada yang menerima puluhan ribu ringgit setiap bulan, saya ulang setiap bulan hingga ke hari ini.


Ia tidak seperti kebanyakkan bisnes internet yang lain. Ia tidak memerlukan modal yang besar, tiada resiko, tiada beban yang perlu anda tanggung.

Luangkan masa untuk melihat video dibawah ini dan ia mungkin akan mengejutkan anda dan mengubah kehidupan anda untuk jangka masa yang panjang.


Pernahkah anda mendengar bahawa hanya dengan menjadi pengguna handphone anda boleh mendapat pendapatan sampingan yang lumayan, tanpa mengubah kerja yang anda lakukan sekarang, tanpa menjual apa-apa barangan, malahan ada yang sudah mencecah kelima angka pendapatan setiap bulan?

Pernahkah anda mendengar satu talian handphone yang memberikan banyak kelebihan kepada para penggunanya?

Jika belum lagi, disini saya ingin menawarkan kepada anda untuk menggunakan talian prabayar (Prepaid) TuneTalk melalui program ToneExcel.

Kelebihannya ialah:

a. Dalam sebulan ada hari-hari dimana TuneTalk akan memberikan panggilan percuma kepada anda. Anda boleh membuat panggilan kemana sahaja tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

b. Sebagai pengguna prabayar TuneTalk, anda akan diberikan Insuran Kemalangan 100K melalui agensi insuran Oriental Capital Assurance Berhad - Tertakluk terma dan syarat.
Sekiranya anda sudah menyertai program ini, anda boleh check sendiri IC/Passport anda, samada anda layak atau tidak pada bulan tersebut.
KLIK DISINI
Anda juga boleh membaca policy wording.
KLIK DISINI


c
. Setiap kali anda topup anda akan mendapat point tiket AirAsia. Mata ganjaran ini tiada tarikh luput dan boleh dikumpulkan sehingga cukup untuk anda menaiki kapal terbang AirAsia secara PERCUMA. Klik Disini untuk keterangan lanjut. Jika point terkumpul anda sudah cukup, anda boleh pilih destinasi mana yang ingin anda pergi. Klik Disini utk melihat destinasi anda.

d. Anda boleh kekalkan no lama, iaitu nombor handphone yang anda pakai ketika ini menjadi no di simkad tunetalk ini. Anda tidak perlu risau untuk kehilangan nombor kesayangan anda itu. - Tertakluk terma dan syarat.

e. Anda boleh top-up dimana2 dan juga secara online. Walaupun TuneTalk masih baru berbanding dengan telco yang lain, tetapi kemudahan untuk mendapatkan Topup adalah setaraf dengan mereka. Anda boleh topup di mana-mana kedai yang ada menjual top-up seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pergi sahaja kekedai tersebut dan katakan yang anda ingin membeli topup TuneTalk. Malahan anda boleh topup secara online melalui Maybank2u, CimbClick, dan juga menggunakan kredit kad anda.

f. Cabutan bertuah RM200 setiap bulan untuk 20 pemenang. Setiap bulan ToneExcel akan mengadakan cabutan bertuah dimana setiap nombor yang bernasib baik akan memenangi hadiah RM200 tunai yang akan dimasukkan terus kedalam akaun bank anda. Lihat disini.

g. Anda boleh mendapat komisyen kepada sesiapa yang ada tawarankan menggunakan talian tunetalk. Setiap kali mereka topu-up, anda akan dapat komisyen. Komisyen yang berpanjangan. Malah pendapatan ini boleh diwariskan kepada generasi anda yang akan datang. Komisyen ini akan dimasukkan terus kedalam bank anda setiap ~21hb. Sudah seperti menjadi sumber gaji ke-2 anda.

Dibawah ini saya tunjukkan contoh komisyen yang dikeluarkan pada bulan April2012 untuk ketiga-tiga handphone yang saya dan keluarga saya gunakan. Dapat juga lebih kurang RM5300, sedangkan kos prepaid yang saya gunakan untuk ketiga-tiga handphone tersebut tak sampai RM300. Sehingga ke hari ini, komsiyen tersebut semakin bertambah dan saya masih menerimanya setiap 21hb.



h
. Anda diberikan website percuma untuk mempromosikannya melalui facebook, twitter, linkedin dan berbagai-bagai social networking yang anda gemari. Anda juga akan memiliki website member area sendiri (Back Office) untuk melihat perkembangan network anda, maklumat terperinci komisyen yang anda perolehi dan berbagai-bagai lagi.

i. Untuk mempercepatkan supaya anda boleh mendapatkan komisyen yang dijanjikan, anda boleh meminta ahli keluarga anda bertukar kepada talian TuneTalk melalui Program ToneExcel ini. Ini bermakna setiap kali mereka topup, anda akan mendapat komisyen.

Maklumat Mengenai Program ToneExcel:

ToneExcel adalah syarikat yang menjalankan program ini dan menggunakan service provider dari TuneTalk. Office besar mereka terletak di:

Ibu Pejabat Tone Excel
139-1 Jalan Radin Bagus, 57000 Sri Petaling, KL
Tel: 010 - 5000 969
Email: info@toneexcel.com

Maklumat Asas Mengenai Simkad/Talian TuneTalk melalui Program ToneExcel:

* Harga sekeping Simkad ToneExcel ini adalah RM80 (didalamnya terdapat topup RM30)

* Talian yang digunakan adalah talian TuneTalk
(Dimilik oleh TuneGroup dan juga Celcom)

* Kadar panggilan seminit adalah 32 seb, SMS 15 sen dan surfing Internet adalah 10 sen/Mb

* Untuk melayakkan anda mendapat komisyen ialah dengan topup minima RM20 setiap bulan.

Contoh SIMKAD ToneExcel

Maklumat Pembayaran Komisyen di Program ToneExcel:

1. FastTrack Bonus: Setiap seorang yang anda sendiri taja, anda akan diberikan bonus RM20 dan anda boleh taja seberapa ramai yang anda suka, tiada limit.

2. Komisyen Top-up: Setiap orang yang anda taja sendiri, dipanggil Level-1, dan sesiapa yang ditaja oleh Level-1 dipanggil Level-2, begitulah seterusnya. ToneExcel membayar komisyen setiap kali mereka topup sehingga Level-3 dan setiap level adalah infinity.

Komisyen yang dibayar kedalam akaun bank anda adalah:
Level-1 sebanyak 6%
Level-2 sebanyak 3%
Level-3 sebanyak 11%



Pandangan Peribadi saya, berdasarkan beberapa fakta dibawah, dimana:

* Produk yang ditawarkan adalah produk keperluan, semua orang menggunakan handphone, jadi samada kita menaja atau tidak, ia tidak mendatangkan apa2 beban kepada kita. Jika sebelum ini pun memang kita membayar bil berpulah atau beratus ringgit setiap bulan, maka sudah pasti kita tidak mempunyai masalah untuk topup lebih daripada RM20 setiap bulan. Tidak seperti sesetengah perniagaan MLM yang lain, setiap bulan kena buat maintain yang tinggi, kadang kala produk yang dibeli tidak digunakan, jadi ia akan menjadi beban kewangan kepada kita.

* Tidak perlu service kepada downline anda. Apabila kita menaja seseorang, kita tidak perlu untuk mengingatkan mereka supaya maintain setiap bulan, kerana jika mereka menggunakan phone pasti topup selalu. Malahan jika mereka ingin topup sekali pun, tidak perlu berjumpa kita, kita bukan buat bisnes jual topup, kalau nak topup mereka boleh buat dimana-mana kedai yang mereka mahu. Cuma yang pasti setiap kali mereka topup, anda akan dapat $$ komisyen.

* ToneExcel merupakan syarikat yang kukuh, apatah lagi TuneTalk yang dimiliki oleh Tune Group yang diantaranya adalah AirAsia, TuneHotel, TuneMoney. Malahan lebih 30% TuneTalk dimiliki oleh Celcom. Saya yakin gabungan diantara pengendali program ini, iaitu ToneExcel yang menggunakan service provider TuneTalk merupakan gandingan yang sihat dan berdaya maju dimasa akan datang.

* Pada masa dan tarikh artikel ini di tulis (10pm 11hb Feb 2012) telah terdapat seramai 88,091 orang telah menyertai program ToneExcel ini dalam tempoh genap setahun setengah semenjak ianya dilancarkan pada 5.8.2010. Bilangan 89,000 itu menunjukkan keyakinan orang ramai terhadap kelebihan menyertai program ini. Malah selama saya menyertainya, tidak pernah walau sekali pun ToneExcel menghadapi masalah tidak bayar komisyen kepada saya atau ahlinya yang lain. Saya tabik spring kepada ToneExcel.

* Prospek yang luas. Untuk meningkatkan komisyen yang akan saya perolehi, saya bukan hanya mempunyai peluang besar membuat tajaan terhadap ahli keluarga saya sendiri, tetapi saya boleh menaja lebih 24 juta rakyat Malaysia yang menggunakan handphone. Malah saya juga boleh menaja orang luar negara yang bekerja disini. Semuanya bergantung kepada diri sendir sahaja sekarang ini. Peluang sudah terbuka luas, samada kita ingin ambil atau tidak. Tepuk dada tanya keinginan.

* Jika anda seorang yang tidak pandai menaja, anda akan tetap menjadi pengguna setia talian TuneTalk ini kerana kelebihan yang diberikan seperti panggilan percuma pada hari-hari tertentu, insuran RM100k, point tiket menaiki kapal terbang AirAsia secara percuma (terutama para perkerja dari Indonesia) merupakan kelebihan yang tiada atau jarang diberikan oleh Telco yang lain.

Berdasarkan keterangan diatas, saya yakin program ini akan lebih bergerak maju dimasa akan datang dan menjadi satu fenomena serta kuasa baru didalam industri telekominikasi negara kita, sebagaimana dibuktikan oleh AirAsia. Bagi saya ia akan lebih manis jika ANDA dapat bersama-sama saya menyertainya. Terima Kasih.

SERTAI SEKARANG
DAPATKAN SIMKAD PREPAID TONEEXCEL HARI INI JUGA !!

Jadikan HandPhone anda sebagai pengeluar duit setiap bulan
Bukan alat penghabis duit






Langkah-langkah untuk menyertai Program ToneExcel ini
Saya mencadangkan kepada anda, untuk berjaya dalam pernigaan ini, ikuti langkah 1 hingga 8 ini satu persatu, jangan tertinggal pun walau satu langkah, kerana dengan cara ini saya telah berjaya sekurang-kurangnya mendapat komisyen setiap bulan sebanyak RM5,000  dalam masa 1 tahun 8 bulan, dan ketika itu ianya semua dilakukan tanpa bantuan website ini, dan tiada tunjuk ajar dari sesiapa pun. Sekarang ia telah menjadi lebih mudah kerana saya telah siapkan step-stepnya untuk anda mengikuti jalan yang disediakan. Saya yakin jika anda mengikuti langkah-langkah dibawah ini, anda mampu menjana paling sedikit RM5,000 dalam masa setahun.

Langkah 1: Dapatkan SIMKAD TuneTalk/ToneExcel ini
Pertama sekali, untuk menyertai program ini, anda perlu mendapatkan simkad TuneTalk/ToneExcel terlebih dahulu. Untuk mendapatkan simkad tersebut sila KLIK DISINI

Langkah 2: Aktifkan SIMKAD di TuneTalk line.
Apabila anda sudah mendapat simkad tunetalk/toneexcel ini, anda perlu mengaktifkan simkad tersebut supaya ianya dapat digunakan untuk membuat panggilan, menerima panggilan, SMS, surf internet, blackberry dll. Untuk Aktifkan Simkad Tersebut.KLIK DISINI

Langkah 3: Port In atau kekalkan nombor lama anda.
(Pilihan) Sekiranya anda memilih (sangat digalakkan) untuk kekalkan nombor lama anda, KLIK DISINI. Pastikan yang anda sudah aktifkan simkad tersebut terlebih dahulu di Langkah#2.

Langkah 4: Pendaftaran didalam program ToneExcel ini.
Pendaftaran didalam program ToneExcel ini. KLIK DISINI
Setelah mendaftar disini, sila tunggu didalam email anda (lebih kurang 4 jam) untuk anda mendapat ID keahlian didalam ToneExcel

Langkah 5: Dapatkan Web Promosi Utama.
Dapatkan Web Promosi Utama seperti ini supaya ada boleh menaja orang lain KLIK DISINI

Langkah 6: Dapatkan Web Promosi Facebook.
Sekiranya anda ingin mempromosikan program ini melalui facebook, sila dapatkan Web Promosi Facebook dengan menghantar email kepada mazelan.abas@gmail.com dengan menyertakan ID anda. Tetapi pastikan anda sudah memiliki Web Promosi Utama terlebih dahulu dilangkah 5.

Langkah 7: Subscribe untuk mendapat perkembangan terkini.
Bahagian yang paling penting: Untuk sentiasa mendapat perkembangan terkini mengenai tunetalk dan toneexcel, pastikan anda berikan nama dan email di borang dibawah ini untuk saya sentiasa dapat memberikan maklumat tersebut terus kedalam email anda. Ramai yang tertinggal didalam perniagaan TuneTalk ini kerana terlupa untuk mengisikan nama dan email didalam borang dibawah ini. Dengan mengisi borang dibawah ini juga boleh menyebabkan downline anda mempu bergerak sendiri dan mampu berdikari, tanpa perlu bantuan anda menjaga mereka.
Name
Email

Langkah 8: ProjekRM5000 dalam SETAHUN.
Disini saya kongsikan kepada anda cara-cara untuk dapatkan RM5000 setiap bulan dalam tempoh setahun. Petua ini saya rumus dan mudahkan kerana dengan cara ini saya mendapat RM5000 dalam tempoh 1 tahun 8 bulan. Sekarang dengan adanya bantuan dan tools, saya yakin anda boleh mendapatkannya dalam tempoh setahun sahaja. KLIK DISINI

Semoga program ini benar-benar boleh membantu anda menyelesaikan dan menambah kewangan anda setiap bulan. Semoga berjaya.





Sekiranya anda mempunyai apa jua soalan yang masih belum terjawab didalam website ini, anda dijemput untuk bertanya dan bersembang-sembang didalam ruangan sembang dibawah ini:



2012年4月21日 星期六

Soal & Jawab Berkenaan Tone Excel


Muka Surat 1

SOALAN: Bagaimana Konsep perniagaan WOW ToneExcel Referral Program ini?
Kerja anda hanyalah menjual SIMKAD handphone ToneExcel (yang menggunakan perkhidmatan TuneTalk ) kepada saudara mara, adik beradik, sahabat handai, rakan taulan. Hasilnya kepada anda ialah, jika mereka top-up handphone mereka maka anda akan dapat komisyen. Selama mana mereka menggunakan simkad tersebut, selama itulah anda akan menikmati komisyen dari toneexcel.

SOALAN: Berapa harga sekeping SIMKAD Tunetalk-ToneExcel ini?
Harganya sekeping RM80 ( yang mengandungi kredit/air time sebanyak RM30)



SOALAN: Apakah service provider yang digunakan?
Toneexcel menggunakan service provider TuneTalk, dan tunetalk menggunakan prasarana Celcom.

SOALAN: Berapakah charge panggilan dan sms yang dikenakan?
32 sen panggilan seminit dan 15 sen sekali sms.

SOALAN: Dimanakah boleh top-up prepaid ini?
Anda boleh top-up prepaid tunetalk di seluruh Malaysia (termasuk Sabah/Sarawak), seluruh stesen minyak yang menggunakan e-pay, sebahagian besar kedai yang menjual prepaid, maybank2u, cimbclick, dan banyak lagi.




SOALAN: Apakah kelebihan lain jika saya menggunakan prepaid Tunetalk-ToneExcel ini?
Anda boleh mengekalkan nombor lama, anda diberi insurance kemalangan sebanyak RM100,000, menaiki kapal terbang AisAsia secara PERCUMA (mengikut syarat yang ditetapkan) dan juga peluang untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

SOALAN: Bagaimanakah marketing plan untuk perniagaan ini?
Sila rujuk di bahagian Tip Marketing di menu utama

SOALAN: Bagaimanakah ToneExcel membayar komisyen kepada saya?
Mereka membayar terus komisyen
ke dalam bank anda pada setiap 21 hb untuk komisyen bulan sebelumnya kepada sesiapa yang layak.

SOALAN: Apa kelayakkan untuk menerima komisyen?
Anda dikehendaki top up paling sedikit RM20 dalam sebulan, dan juga jumlah terkumpul komisyen anda melebihi RM30

SOALAN: Adakah saya kena top-up minima RM20 tersebut sekali gus atau boleh sedikit-sedikit?
Kedua-duanya boleh, sekali gus pun boleh sedikit-sedikit pun boleh, asalkan jumlahnya paling kurang RM20 dalam tempoh sebulan.

SOALAN: Apa jadi pada bulan tersebut jika saya top-up jumlahnya tak sampai RM20?
Sekiranya anda sudah ada downline, dah bulan tersebut anda sudah ada komisyen, maka anda tidak akan mendapat komisyen pada bulan itu sahaja, bulan-bulan lain tetap dapat jika topup lebih RM20.

SOALAN: Dimanakah nak dapatkan SIMKAD ini?
Sila rujuk bahagian Pesanan SIMKAD ini dibahagian MENU UTAMA

SOALAN: Bagaimana dengan signal Tunetalk ini?
Disebabkan mereka juga menggunakan prasarana Celcom, maka jika dikawasan anda itu, line celcom baik, maka line tunetalk juga baik.

SOALAN: Bagaimana untuk menyertai perniagaan ini?
Dapatkan kan SIMKAD ini terlebih dahulu dan selepas itu, aktikan SIMKAD tersebut dan daftar didalam perniagaan ini dibahagian pendaftaran affiliate.

SOALAN: Bagaimana jika saya ingin mengekalkan nombor lama.
Sila klik dibahagian Kekal No Lama di Menu Utama.

SOALAN: Setelah saya menyertai perniagaan ini, apa yang perlu saya lakukan?
Jadikan kesemua ahli keluarga anda yang terdekat, seperti ibu/bapa, suami/isteri anak-anak, adik beradik, saudara mara yang terdekat, pekerja anda, atau sesiapa yang menggunakan hp prepaid, dan juga sebelum ini mereka membayar bil/prepaid talipon melebihi RM20, maka suruh mereka menggunakan talian tunetalk ini. Kalau dulu anak-anak kita menggunakan talian XXX Company, kalau mereka topup (kadang2 kita juga yang bagi duit top-up), Company XXX bertambah kaya, kali ini jika mereka menggunakan talian tunetalk dalam WoW Program ToneExcel, mereka topup, kita pun dapat sedikit hasil.

Selepas itu barulah promote kepada orang lain, seperti rakan sekerja, sahabat-sahabat sepermainan, sambil main golf, main tenis, main gasing, main badminton, main sepaktakraw, main snooker, jogging, sambil mancing, sambil sembang di kedai mamak, cerita kan peluang ini dan ajak mereka sekali. Terangkan yang ini bukan MLM, tapi guna handphone macam biasa dan dapat upah jika ceritakan pada orang lain.

SOALAN:Bagaimana cara saya ingin menaja orang lain?
Pertama bantu mereka untuk mendapatkan SIMKAD Tunetalk-ToneExcel ini
Kedua bantu mereka aktifkan SIMKAD tersebut. (Sila rujuk dibahagian Aktifkan SIMKAD di Menu Utama)
Ketiga daftarkan mereka dibawah anda. (Sila rujuk di bahagian Pendaftaran Affiliate di Menu Utama)

SOALAN: Bagaimana cara promosi perniagaan ini?
Dicadangkan supaya anda menggunakan 2 cara untuk mempromosikan perniagaan ini.
a. Secara online.
Gunakan url web promosi anda dan iklankannya di facebook, iklan percuma, email rakan-rakan, dan lain lain lagi.

b. Secara Offline.
Seperti yang saya terangkan diatas tadi.

SOALAN: Bagaimana untuk saya mendapatkan satu website percuma untuk saya mengembangkannya secara online?
Anda boleh memohon untuk memiliki website promosi secara PERCUMA.
Lihat di menu utama dan klik di Web Promosi PERCUMA


SOALAN: Bagaimana untuk mendapat berita-berita terkini dan tip-tip promosi perniagaan?
Anda hanya perlu berikan nama dan email diborang dibawah ini dan kami akan menghantar laporan, berita dan juga tip-tip terbaru untuk mengembangkan perniagaan ini.

Name
Email


SOALAN: Boleh terangkan lebih lanjut mengenai insurance Etiqa Ini?

Sebagai pengguna tunetalk-toneexcel anda layak untuk menerima PA Insurance PERCUMA bernilai RM100,000 daripada Etiqa Maybank. Insuran ini hanya untuk ahli yang aktif dan berumur 12 - 65 tahun sahaja. Tolong jangan hilangkan sebahagian SIMKAD anda yang tertulis nombot 16 digit dibelakangnya.

Untuk segala claim dan pertanyaan, anda hanya perlu hubungi Claim Helpdesk di talian 1-300-88-1007.
Untuk memahami maklumat didalam apa yang layak atau tidak sila baca Policy Wording. Klik Disini.

Jangan lupa juga untuk mengisi dan menghantar borang penamaan dan hantarkan ke fax +603 2297 3800. Dapatkan borang tersebut dan klik disini. Untuk syarat2 untuk kita layak menerima insuran percuma ini sila klik disini.

SOALAN: Bolehkah saya nak sponsor ahli keluarga saya tetapi pembayaran komisyen terus ke akaun bank saya?
Boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah didalam member area mereka, dibahagian bank akaun info masukkan maklumat bank anda dan jangan lupa fax kan borang penyerahan komisyen ini ke 03-9056 3844. Klik disini untuk mendapatkan borang tersebut.



SOALAN: Saya telah menggunakan simkad tunetalk biasa yang berharga RM5 dikedai, bolehkah saya ingin mengekalkan no tunetalk ini kepada SIMKAD Tunetalk-ToneExcel saya yang baru?
Boleh.
Anda hanya perlu talipone nombor ini 03-79490000 dan beritahu mereka yang anda ingin menukar SIMKAD tunetalk biasa kepada TuneTalk-ToneExcel tetapi ingin mengekalkan no tunetalk yang lama itu.

SOALAN: Saya tidak pandai komputer, tiada laptop, tiada broadband, boleh kah saya jalankan perniagaan ini?
Boleh.
Dibawah ini saya terangkan cara2nya.
1. Terangkan mengenai peluang perniagaan ini kepada saudara mara dan sahabat anda.
2. Jika mereka ingin menyertai program ini dibawah anda, berikan borang pendaftaran dan suruh ia isikan.
3. Berikan dia sekeping SIMKAD Tunetalk_ToneExcel dan jangan lupa minta RM80 (Modal anda tu, penting)
4. Call Service centre anda ( 0122856223 ) untuk bantuan mengaktifkan SIMKAD dan pendaftaran Affiliate.
5. Poskan borang pendaftaran yang asli ke service senter anda.

SOALAN: Saya pergi kekedai saya dapati mereka jual simkad pada harga RM5 sahaja, bukannya RM80?
Tunetalk mempunyai 2 jenis simkad, satu simkad tunetalk yang biasa harganya RM 5 sekeping dan call ratenya 15 sen seminit dan 5 sen SMS, dan simkad ini tiada referral program, kalau kita promote pada orang lain simkad ini tiada komisyen.

Manakala kedua adalah Simkad Tunetalk-ToneExcel, yang ini harganya sekeping RM80 
dan calling ratenya 32 sen seminit dan 15 sen SMS tetapi ada referral program, . kalau promote pada orang lain dapat komisyen. Dan simkad ini tiada dijual dikedai-kedai talipon, hanya boleh didapati daripada main office di Sri Petaling atau mana-mana service centre yang dilantik oleh Toneexcel. Tetapi kedua2 jenis simkad ini, kalau nak top up dikedai, hanya minta top up tunetalk sahaja.

SOALAN: Orang kata call rate tunetalk-toneexcel ni mahal, sampai 32 sen panggilan seminit?
Sudahkah anda lihat call rate dari Digi ke telco yang lain. Maxis ke telco yang lain. Kesemua panggilan itu lebih mahal dari 32sen seminit, ada yang 33 sen ada 35 sen dan ada yang 36 sen. Jadi tunetalk-toneexcel adalah yg paling murah. Lagi satu kalau lah saudara kita memang pakai phone, dan selama ini pun masih bayar prepaid atau pun bil, mereka hanya bagi orang lain lebih kaya, kenapa tak kali ini bagi anda yang kaya, walau pun kaya sikit-sikit, lama-lama kaya tu jadi bukit. Kalau tak masuk program ni pun mereka tetap pakai handphone juga.

SOALAN: Bagaimana pula dengan rate panggilan keluar negara?
Anda boleh lihat disini. Klik Disini


SOALAN: Boleh lihat bukti pendapatan admin didalam program ini?
Kami mula menyertai program ini pada 15-7-2010 dan ini hasilnya yang toneexcel memasukan komisyen kepada kami terus kedalam bank akaun.


Sekarang cuba bayangkan jika anda melakukan perniagaan ini secara berterusan dan konsisten selama 2 tahun, maka tidak hairanlah jika kita  memperolehi pendapatan melebih RM30,000 - RM40,000 sebulan. Walau pun pada masa itu anda stop mempromosikannya, pasti komisyen anda tidak akan stop mengalir ke akaun bank anda kerana orang tetap topup dan menggunakan hp. Dan ia bukan satu perkara mustahil untuk anda mencapainya.

SOALAN: Bolehkah orang dari luar negara yang tinggal di Malaysia untuk menyertai program ini?
Boleh, hanya gunakan no passport mereka, dan lebih mudah jika mereka sudah pun memiliki bank account di Malaysia.

SOALAN: Boleh saya mengekalkan nombor lama, tetapi nombor lama itu adalah nombor line atau postpaid dari telco yang lain?
Boleh. Ikuti langkah-langkah di Kekal No Lama di Menu Utama.


Soalan: Saya ingin menyertai program ini, tetapi saya tiada bank account sendiri, bolehkah saya menggunakan bank akaun orang lain?
Boleh, anda boleh menggunakan bank akaun orang lain, tetapi anda perlu mengisi borang ini terlebih dahulu,
Download borang 3rd Party disini
Selepas selesai anda boleh menghantar semula kepada info@toneexcel.com atau fax ke 03-90575906
Apabila membuat penghantaran, sila followup dengan ToneExcel samada mereka menerimanya atau tidak, call 0105000969. Gagalnya anda melakukan sedemikian menyebabkan komisyen anda akan tertangguh.

Soalan: Topup tunetalk ini berapa ringgit yang ada, dan berapa hari boleh tahan?
RM 5 - 5 hari
RM 10 - 11 hari
RM 30 - 50 
hari
RM 50 - 75 hari

Soalan: Salam tuan, semalam saya pergi 7-Eleven minta topup ToneExcel, tapi mereka kata tiada topup ToneExcel?
W'salam tuan, kita minta topup tunetalk je tuan, tak perlu sebut toneexcel.


Soalan: Saya dulu join RedTone, jadi dalam program ni, boleh tak saya nak kekalkan no RedTone saya?
Boleh. Disini saya sertakan no phone dari telco yang lain yang kita boleh buat port ini. Celcom, Digi, Maxis, UMobile, XOX, RedTone, YTLComms dan MTrade.


Soalan: Dulu saya dah join biz tunetalk ni, tapi dah berhenti beberapa bulan, sekarang nak start semula, adakah akaun dan no ID saya masih boleh digunakan lagi atau tidak?
Cara yang paling mudah untuk mengetahu keahlian kita didalam ToneExcel masih aktif atau tidak, hanya perlu lihat samada simkad kita masih aktif atau tidak, jika tidak aktif, maksudnya keahlian kita pun sudah expired. Simkad Tunetalk ini mempunyai grace period selama 45 hari, jika selama itu kita tak topup, maka keahlian dalam ToneExcel juga akan terbatal.

Soalan: Apakah syarat, kelebihan dan cara untuk menjadi Service Center?
Syarat:
Syarat untuk menjadi SC anda perlulah membuat pembelian 220 keping SIMKAD pada harga RM72 sekeping, maka jumlahnya menjadi RM15,840, jika anda perlukan penghantaran secara curier, sila tambah lagi RM100 utk charge currier, sebab banyak juga barang yang perlu dihantar.

Kelebihan:
1. Komisyen anda menjadi
Level Pertama: 8%+2.5%=10.5%
Level Kedua: 3%+2.5%=5.5%
Level Ketiga: 13%+2.5%=15.5%
Level keEmpat sehingga INFINITI = 2.5%

2. Selepas pembelian 220 yang pertama itu, pembelian seterusnya hanya pada harga RM75 sekeping dan tanpa mengira kuantiti. Sekeping pun boleh. Dan dari sini anda akan mendapat keuntungan runcit sebanyak RM5 setiap keping yang terjual.

3. Setiap borang pendaftaran ahli baru yang anda hantar ke ToneExcel, anda akan dibayar RM2 sekeping.

4. Sekiranya ada network anda membeli simkad terus dari ToneExcel, mereka akan berikan RM5/ sekeping kepada anda.

Cara Menjadi SC:
1. Isikan FORM Service Center. Download dan print terlebih dahulu Klik Disini.
Isi bahagian yang penting sahaja, seperti Nama penuh, no IC, member ID anda, no hp, alamat penuh dan tanda-tangan.

2. Bank-In kan duit sebanyak RM15, 940 ke
Akaun ToneExcel
Bank: AmBank
No Account: 2332012004790

3. Scankan form yang telah diisi, slip/resit pembayaran ke AmBank dan hantarkan kepada
mazelan.abas@gmail.com

Untuk keterangan terperinci, sila klik untuk perjanjian dan prasyarat yang disediakan oleh ToneExcel.

Soalan: Bagaimana nak setting GPRS?
Taipkan SET dan hantar ke 20999 kemudian ikut arahan yang diberikan.

Soalan: En., saya dah join tunetalk/ToneExcel ini, saya dah buat port in, tapi handphone saya boleh terima panggilan sahaja, tapi tak boleh call keluar, macamana nak settle ya?

Terima kasih kepada yang bertanya, kadang2 kes macam ini jadi hanya pada kita yang buat port in sahaja. Jika anda menghadapi masalah boleh terima call in, tapi tak boleh call out, ikuti langkah dibawah ini, betulkan setting dalam handphone anda.

1) Dalam telefon anda, pergi ke SETTING dan cari NETWORK SETTING.
2) Pilih MANUAL NETWORK SELECTION dan pilih network selain daripada Tunetalk/Celcom. Anda kena pilih Digi atau Maxis.
3) Selepas pilihan anda ditolak, pilih semula TUNETALK atau CELCOM.
4) Sila OFF handphone anda dan ON semula dan cuba buat outgoing dan incoming call.

Jika masih tak boleh juga sila hubungi terus Khidmat Pelanggan Tunetalk (0105001333) atau ToneExcel (0105000969)

Soalan: Bolehkah simkad ini digunakan untuk BlackBerry dan kalau boleh bagaimana cara nak settingnya?

Sila klik disini untuk setting BlackBerry anda.

Soalan: Encik, saya baru menyertai biz tunetalk ni dan saya telah pun buat port in. Saya juga pengguna tegar ebanking macam maybank2u, cimbclick, e-eon, dan macam2 lagi. Semalam saya nak buat request TAC, tapi tak dapat la. Tunetalk ni tak support ke ebanking?
Terima kasih kerana bertanya. Tunetalk support ebanking. Untuk selesaikan masalah itu saya cadangkan puan pergi ke atm bank berkenaan, tukar no talipon ke no talipon yang lain, selepas itu masuk semula, dan tukar no talipon ke no talipon asal yang mana digunakan untuk receive tac tersebut. Ini macam nak reset semula je.

Soalan: En Mazelan, saya menghadapi masalah nak iklankan web replika kita di Facebook, macam ada spam katanya?

Hantar email kepada saya, mazelan.abas@gmail.com beritahu member ID apa dia dan nanti saya ubahkan sikit URL website tu, dan selepas itu bolehlah promotekan didalam Facebook.

Soalan: Beberapa hari lepas saya telah registerkan 2 orang dibawah downline saya, tapi dalam member area, saya hanya dapat satu sahaja fast track bonus iaitu RM20, mana bonus FT saya yang lagi satu ?

Yang satu lagi tu biasanya mereka daftar downline/affiliate, tetapi samada mereka tidak aktifkan simkad tersebut, atau, tidak buat satu SMS selepas aktifkan simkad.

Soalan: Boleh terangkan macamana katanya top up tunetalk ni dapat point tiket kapal terbang AirAsia?
Setiap kali anda topup, anda akan memdapat point untuk melayakkan anda menaiki kapal terbang AirAsia secara percuma keseluruh dunia. Contohnya anda topup sebanyak RM30, anda akan mendapat 70 points, jika anda topup RM50 anda akan mendapat 120 points. Kumpulkan point ini, jika sudah cukup anda boleh redeem points ini untuk naik kapal terbang percuma. Contohnya jika cukup 3000 anda boleh pergi ke Langkawi secara percuma.
Keterangan lanjut mengenai pemberian points. Klik Disini
Keterangan lanjut mengenai redeem points. Klik Disini


Soalan: Salam tuan admin, boleh kongsi teknik pemasaran yang tuan gunakan untuk kembangkan bisnes ni secara online, saya dah penat buat bisnes MLM dengan cara-cara jumpa orang sana sini, duit pun habis, komisyen pun tak dapat seberapa?

Salam Tuan,
Saya memang 100% guna secara online, dan hampir 100% network saya, saya tak pernah bersua muka, kenal dalam alam maya ini sahaja. Kalau nak tahu cara yang saya gunakan, tapi kena keluar modal sikit la, dalam RM18 setiap, saya guna HootSuite. Cara ini sebenarnya sangat berkesan bukan untuk bisnes Tunetalk/ToneExcel sahaja, tapi sesuai untuk semua bisnes networking atau MLM yang boleh dionlinekan.

Soalan: Assalamualaikum En. Mazelan
Saya Dhiya dri Brunei. Nak tnya ttg www.toneexcel.com. Adakah penggunaan toneexcel akan masuk ke Brunei? Jika tidak, bagaimana saya nak joint dan manfaatkan toneexcel tersebut? Di mana saya boleh dapatkan kad prepaid toneexcel tersebut? Saya difahamkan toneexcel akan masuk ke Singapore dan Thailand tahun ini juga. Mohon penjelasan mengenai pertanyaan saya di atas.
Terima kasih


Waalaikumsalam Dhiya,
Talian Tunetalk boleh digunakan di Brunei dan negara-negara lain, cuma Toneexcel belum beroperasi di negara serantau. Untuk menyertainya memang boleh hanya dengan menggunakan passport. Cuma saya khuatir Dhiya menghadapi masalah untuk top up prepaid tersebut dan juga untuk menerima komisyen dari ToneExcel. Kalau Dhiya ada akaun bank di Malaysia, saya rasa tidak menjadi masalah untuk menyertainya. Untuk dapatkan SIMKAD tersebut klik sahaja di Pesanan SIMKAD di menu utama.

Soalan: salam..cik mazelan...
Apakah kadar sebenar utk sms?? 5c @ 15c?? sbb sy ada lihat banner yg sms adalah 5c..mcm mana nk dptkn kadar 5c tu???kena upgrade nombor ke??

Tunetalk ni ada dua jenis,
1. Tunetalk yang biasa dijual dikedai2, harga sekeping simkadnya RM5 sahaja, kadar panggilan seminit 16sen dan SMS 5 sen. Tiada referal program. Simkad ini tak boleh nak sponsor untuk orang lain.

2. Tunetalk/ToneExcel, harganya RM80 sekeping, kadar panggilan seminit 32 sen dan SMS 15 sen. Ada referal program, boleh untuk sponsor orang lain dan dapat komisyen.

Soalan: Saya kehilangan simkad, apa perlu saya lakukan?
Pertama sekali dapatkan Blank Card dari kami atau terus dari pejabat ToneExcel, sekeping harganya RM13. Selepas itu isikan sim lost form yang diberikan ini dan hantar ke email info@toneexcel.com bersama borang pendaftaran toneexcel (scan dan attachkan sekali) Klik disini untuk download form tersebut
Itu sahaja yang perlu anda lakukan, dan toneexcel akan mengambil masa 24 untuk anda dapat menggunakan no lama yang hilang tersebut.

Soalan: Bagaimana untuk setup MMS?

Tunetalk belum ada lagi MMS, sebab ia hanya 2.5G belum sampai 3G.

Soalan: Simkad ini boleh ekses internet ke dan bagaimana kekalkan no lama?

Cara untuk ekses internet perlu setkan GPRS dahulu. Untuk setkan GPRS adalah taip SET hantar 20999 dan follow message yang diberikan. Manakala untuk kekalkan no lama klik di "Kekal No Lama" pada menu diatas.

Soalan: Berapa harga panggilan ke Indonesia dan bagaimana caranya?
Kadar panggilan antara bangsa ada disini. Klik disini. Cara untuk membuat panggilan adalah
"Number Prefix"+NoPhone


Soalan: Saya sudah apply web promosi percuma, tapi sudah sehari saya tunggu tiada email activation pun?

Cuba lihat di Bulk atau Spam folder, jika tiada, 100% anda tersalah email semasa mengisi form di "Web Promosi Percuma" itu. Ini sering terjadi terutama sesiapa yang memakai email yahoo, sebab ramai yang tersilap antara .com dan .com.my

Soalan: Saya tersalah IC semasa pendaftaran, apa perlu saya lakukan?

Hantarkan email kepada mazelan.abas@gmail.com, scankan dan attachkan sekali borang original pemohon.

SOALAN: Saya tersalah letak downline saya, terletak bawah orang lain, apa perlu saya lakukan?

Hantarkan email kepada mazelan.abas@gmail.com, scankan dan attachkan sekali borang original pemohon.

SOALAN: Saya dari Singapore sangat tertarik dengan program WOW ini, bila agaknya Tunetalk akan memasuki pasarang Singapore?

Untuk penggunakan line TuneTalk, mereka boleh gunakan handphone mereka keseluruh dunia, sama seperti handphone yang lain, charge roaming akan dikenakan sahaja, cuma program WOW ini besar kemungkinan akan memasuki Thailand dan SIngapore pada tahun ini juga 2011.

SOALAN: Saya dah berjaya buat proses port in utk kekalkan no lama, tapi handphone saya boleh receive call sahaja tapi tak boleh call out?
Itu disebabkan masalah setting pada handphone anda sahaja. Bukan masalah simkad. Jadi saya cadangkan anda call 0105000969 dan bercakap dengan Nurul atau Zureen (dari ToneExcel) dan minta bantuan dia ajarkan cara2 nak setting handphone anda.


SOALAN: Saya dah cuba sendiri buat proses (Port In) utk kekal no maxis lama saya, tapi sampai sekarang masih tak berjaya lagi?
Proses nak kekalkan nombor lama, perlulah menggunakan IC yang sama, jika di maxis anda pakai IC lain, dan di TuneTalk anda pakai IC lain, sudah pasti Maxis tidak akan melepaskan pelanggan mereka. Apa yang perlu dilakukan adalah anda talipon sendiri kepada telco talipon anda dan cuba periksa terlebih dahulu apakah IC yang digunakan dahulu semasa pendaftar. Jika tak sama, pasti proses port-in tidak dapat dilakukan.


SOALAN: Bagaimana ingin saya pastikan samada seseorang itu telah didaftarkan dibawah saya atau tidak, dan juga bagaimana untuk saya mengetahui no ID mereka?
Cara yang mudah adalah masuk kedalam member area anda (www.toneexcel.com) dan klik di Geneology, selepas itu dekatkan cursor pada gambar tersebut dan ia akan tunjukkan no ID downline anda.

SOALAN: Masalah untuk TAC number. Bila Tunetalk akan dapat keizinan dari pihak bank apabila nombor lama ingin dikekalkan?
Tunetalk sekarang sudah boleh menerima TAC dari Maybank2u dan CIMBClicks.


SOALAN: Saya ada masalah mengenai TT kad.
Masa saya dapat kad tersebut terus saya buat buat panggilan. masalahnya  saya tak tau dealer kod dan  pasword untuk log in ke dealer network.?
Simkad tersebut perlu diaktifkan dahulu sebelum dapat digunakan, sila lihat bahagian Aktifkad SIMKAD di menu diatas. Untuk sesiapa yang membeli simkad dari senarai Service Centre yang di bahagian Pesanan SImkad, dealer kodnya adalah TT01.HQ.028.0003.001 dan passwordnya adalah alam1234 Tetapi jika anda membeli simkad tersebut dari service centre yang lain, maka dealer code nya akan berubah.


SOALAN: Saya telah memohon web replika, tapi mungkin salah email, jadi saya tak dapat nak aktifkan web tersebut, apa perlu saya buat?
Yang perlu anda lakukan adalah menghantar email ke mazelan.abas@gmail.com dan beritahu masalah tersebut. Jangan lupa sertakan no id atau IC anda.


SOALAN: Saya rasa keliru mengenai program WOW program tunetalk-toneexcel ini, ada sesetengah web beritahu minima maintain setiap bulan RM20, ada yang tulis RM30 ada pula yang kata RM38. Yang mana satu betul?
Yang betul adalah RM20. Dulu memang RM38, tetapi sekarang adalah RM20 sahaja. Yang RM30 tu saya rasa adalah cadang mereka untuk kita supaya kekal mendapat perlindungan insuran yang diberikan oleh etika Maybank. Etiqa memberi syarat kepada pengguna Tunetalk untuk kekal didalam insuran tersebut mereka perlu maintain topup sebanyak RM30.

SOALAN:
Salam tuan, Boleh dapatkan keterangan lanjut berkenaan tarikh luput pada top up iaitu Okt 2010 yang dibekalan bersama2 simkad ketika saya membuat pesanan secara pos, ramai downline saya bertanyakan perkara tersebut. tq

Tarikh luput telah dilanjutkan kepada Okt 2011, abaikan apa yang tertulis di kertas topup tersebut.

Wat Khao Udom Phon

Wat Khao Udom Phon https://youtu.be/swi3XwAvxQ0?si=e6pdYy9fOEubyijK